Wednesday, March 3, 2010

bengkung

Sendayu Tinggi Amme Corset

Sendayu Tinggi Amme Corset

Product Information
Mengembalikan Bentuk Badan Yang Ramping

Bengkung Sendayu Tinggi ini telah dicipta dan dimodenkan rekabentuknya untuk memudahkan para ibu dengan ukuran "free size" dan mempunyai 2 tali bagi memudahkan proses berbengkung sepanjang menjalani amalan berpantang.

Keistimewaan Ammy Corset

  • Diperbuat daripada kain kasa belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa digunakan.
  • Mempunyai diameter yang panjang dan mampu menutupi seluruh kawasan perut bermula dari bawah payudara sehingga ke pinggul
  • Mudah digunakan sendirian tanpa bantuan orang lain
  • Boleh digunakan walaupun tidak di dalam pantang
  • Penggunaan bengkung membataskan pergerakan dan mendisiplinkan diri sekaligus membantu dalam pemulihan dan pembentukan pinggul, merapatkan vagina dan tulang pelvis
Info:
  • Selepas proses mengurut, sapukan BodyTone ke seluruh badan dan Tummy Tone ke bahagian perut serta biarkan sehingga kering.
  • Setelah kering, letakkan bengkung mengelilingi kawasan perut dan ikat mengikut keselesaan pengguna bermula dari bahagian bawah ke atas.
  • Sebaiknya pakailah Ammy corset setiap masa selama 44 hari atau 60 hari. Bengkung hanya dibuka ketika mandi dan buang air sahaja.
  • Jika bersalin secara pembedahan, elakkan penggunaan bengkung ini kecuali setelah luka pembedahan tersebut sembuh
  • Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, pengguna digalakkan mengamalkan set penjagaan lengkap Ammy 60 days dari hari 1 hingga hari ke 60.
  • Cuci bengkung sebelum menggunakannya bagi mengelakkan ketidakselesaan.
Cara Pemakaian bengkung:



Price: RM40.00



Bengkung Correcteur Leesa Formula

Bengkung Correcteur Leesa Formula

Product Information

Bengkung adalah amalan tradisi, di mana sekeping kain (bengkung) diikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin (ketika dalam pantang), bertujuan mengempiskan perut setelah ia semakin mengembang akibat proses kehamilan.

Bengkung CORRECTEUR dari Leesa Formula adalah singkatan 'Correct & Contour', khusus untuk membentuk kembali dan merampingkan pinggang.


FUNGSI

  • Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah berkembang akibat hamil.

  • Merampingkan kembali pinggang.

  • Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.

  • Menaik dan membentuk kembali punggung.

  • Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih makan.

  • Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.

MAKLUMAT TAMBAHAN
  • Dijahit 2 lapis, sangat kuat dan tahan untuk penggunaan yang lama.
  • Fabriknya yang tebal tetapi lembut, selesa dan mudah menyerap peluh. Sangat selesa dipakai dan terletak kejap di badan.
  • Cukup labuh bagi menutup seluruh kawasan perut, bermula bawah payudara sehingga mencecah paras pinggul tanpa masalah menaik, berlipat atau berkumpul di perut (banyak bengkung jenama lain di pasaran dibuat dari kain yang licin dan nipis serta tidak cukup labuh sehingga mudah menaik dan berkumpul di perut).
  • Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
  • Boleh diikat mengikut tahap ketat yang diingini, tanpa mengganggu pergerakan.
  • Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan dengan menyapu bersama gel pelangsing Body Contour Gel dari Leesa Formula.

CARA PENGGUNAAN
  • Setelah menyapu Body Contour Gel di perut, pinggul dan peha, berdiri tegak dan letakkan bengkung dari bahagian belakang abdomen menghala kedepan dengan punca tali berada di bawah.
  • Jika bengkung terlalu lebar, sila klim atau jahit di bahagian tengah bengkung.
  • Lipat bahagian kanan kain ke dalam, manakala sebelah kiri kain di bahagian luar dengan punca tali yang kelihatan dibahagian bawahnya.
  • Mula mengikat dengan memasukkan semua tali ke dalam lubang pertama yang berhadapan dengan punca tali, kemudian tarik sehingga ketat. Lakukan cara yang sama hingga dilubang kedua atas yang bertentangan (menjadikan ikatan bersilang), sehingga habis semua lubang diikat kejap.
  • Setelah rasa cukup ketat dan selesa, simpulkan lebihan tali tadi di bawah ikatan bengkung.

Pakai pada waktu pagi dan malam berterusan selama 40 hari.

Jika bersalin secara pembedahan, gunakan selepas 2 minggu dan ikat mengikut keselesaan tanpa menyakitkan tempat jahitan.

Saiz: Bebas


Price: RM49.00

No comments:

Post a Comment